Lulus Verifikasi Dewan Pers No.126/DP-Terverifikasi/K/X/2017

Idul Adha Disambut Sederhana di Seluruh Negeri
Oleh : sn
Minggu | 06-11-2011 | 21:01 WIB

MALAYSIA, batamtoday - Idul Adha hari ini disambut seluruh masyarakat Islam secara sederhana dan dalam keadaan berjaga-jaga dalam menghadapi kemungkinan banjir susulan, sebab keadaan cuaca diramalkan tidak menentu di kebanyakan negeri.

Biarpun kedatangan Hari Raya Kurban tetap diramaikan, beberapa negeri di utara tanah air yang sebelum ini dilanda cuaca buruk tetap waspada terhadap datangnya hujan yang diramal turun petang hari.

Namun begitu, di kebanyakan negeri pada pagi hari, umat Islam menunaikan sholat sunat Hari Raya diikuti ibadah kurban dengan menyembelih lembu dan kambing. Demikian dilansir Bernama, Minggu (6/11/2011).

Dalam pada itu, 28.000 jemaah haji Malaysia, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berada di antara kira-kira 3 juta jemaah haji seluruh dunia yang sedang berkumpul di Arafah untuk berwukuf, yang merupakan salah satu rukun ibadah haji.

Perdana Menteri dan isteri yang berangkat ke Arab Saudi pada 31 Oktober lalu turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim.

Di Kuala Lumpur, kira-kira 10.000 orang, termasuk warga asing, dengan pakaian berwarna warni bersama-sama memenuhi Masjid Negara menunaikan sholat sunat Idul Adha.

Cuaca yang redup memudahkan orang mendatangi masjid pada pukul 7 pagi untuk menunaikan sholat itu yang diimami oleh Imam Masjid Negara Ustaz Ehsan Mohd Hosni sebelum beliau menyampaikan khutbah bertajuk 'Aidiladha: Mengerat Perpaduan Ummah'.

Umat Islam di ibu kota khususnya yang tidak sempat meramaikan Idul Adha bersama keluarga tetap mengambil kesempatan untuk meramaikan hari raya dengan menyertai acara kurban di masjid-masjid dan surau selain mengadakan rumah terbuka untuk ukhuwah dan silaturahim antar sesama.

Di Terengganu, Setiausaha kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah bersama kira-kira 2.000 umat Islam menunaikan sholat sunat Idul Adha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.

Sambutan Hari Raya agak meriah karena cuaca agak baik dan hujan yang berhenti sejak malam tadi memudahkan umat Islam melakukan ibadah kurban.

Di Perlis, Idul Adha disambut secara sederhana dengan cuaca cerah. Umat Islam menunaikan ibadah kurban di segenap kampung dan taman perumahan dengan lebih sempurna setelah menunaikan sholat sunat hari raya.

Ribuan ternak terutama lembu dan kambing dikurbankan tahun ini termasuk 45 ekor lembu yang disumbangkan oleh kerajaan negeri dan 42 ekor yang disumbangkan oleh ahli parlemen Arau, Datuk Ismail Kasim.

Di Ipoh, Pemangku Raja, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa menunaikan sholat sunat Idul Adha bersama-sama lebih 3.000 rakyat jelata di Masjid Sultan Azlan Shah.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang kini menunaikan fardu haji di Mekah diperkirakan pulang pada 10 November ini.

Kerajaan negeri turut mengerjakan ibadah korban sebanyak 11 ekor lembu dengan yang dikelola oleh Yayasan Perak di kediaman resmi Menteri Besar, besok.

Di Shah Alam, kira-kira 10.000 umat Islam menunaikan sholat sunat Idul Adha bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Selain masyarakat tempatan, Masjid Negeri di Shah Alam turut menjadi tumpuan para pelajar Islam dari luar negara terutama yang kuliah di Universiti Antarabangsa Al-Madinah dan juga pekerja-pekerja asing terutama warga Bangladesh dan India yang mencari bekerja di sini, untuk menunaikan sholat sunat.

Upacara korban dimulai pada pukul 10.15 pagi tadi dengan 34 ekor lembu dijadwalkan disembelih dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin.

Di Sandakan, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menunaikan sholat sunat Idul Adha bersama-sama lebih 2.000 rakyat jelata di Masjid Taman Merpati.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin kini berada di Mekah menunaikan fardu haji.

Umat Islam turut memenuhi Masjid Negeri di Sembulan dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas untuk menunaikan sholat sunat Idul Adha.

Di Alor Setar, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menyertai ribuan umat Islam di bandaraya Alor Setar menunaikan sholat sunat Idul Adha di Masjid Zahir.

Baginda berkenan bersalaman dengan para jemaah setelah menunaikan sholat yang diimami imam besar Masjid Zahir, Sheikh Roslan Abdul Halim Al-Hafiz yang turut membacakan khutbah.

Turut sama menunaikan sholat di masjid itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, beberapa anggota exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawia kanan kerajaan negeri.

Sementara itu, cuaca di bandaraya Alor Setar hari ini agak baik berbanding dua hari lalu di mana beberapa kawasan di Kedah dilanda angin kencang disertai hujan dan merusakl ratusan rumah.

Di Pulau Pinang, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas menunaikan sholat sunat Idul Adha bersama kira-kira 2.000 umat Islam di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Cuaca cerah pada pagi hari juga memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengeratkan silaturahim dengan menziarahi sanak saudara terdekat.

Di Johor Baharu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menunaikan sholat Idul Adha bersama-sama lebih kurang 2.000 rakyat jelata di Masjid Sultan Abu Bakar.

Turut menunaikan sholat di masjid negeri itu ialah Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman serta beberapa exco kerajaan negeri yang lain.

Di Kuala Pilah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menunaikan sholat sunat idul Adha di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti.

Turut mengiringi baginda, Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dua anakanda baginda Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al'Abidin pada sholat yang diimami imam masjid Abdul Rahman Ibrahim.

Selesai sholat, baginda berkenan menyaksikan penyembelihan 15 ekor lembu untuk ibadah kurban di pekarangan masjid, dan berkenan membagi-bagikan daging kurban kepada ibu tunggal dan warga emas.

Tunku Mukhriz bersama keluarganya juga sempat berangkat ke makam ayahanda baginda di makam diraja untuk membacakan tahlil dan doa yang dipimpin oleh Mufti Negeri Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Di Melaka, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyertai kira-kira 7.000 muslimin dan muslimat menunaikan sholat sunat Idul Adha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah.

Turut sama ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan.

Sebagian jemaah kemudian menyertai majlis korban sebanyak 14 ekor lembu yang diadakan di kawasan parkir kendaraan di masjid itu seusai sholat.

Di Kuching, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menyertai majlis kurban sebanyak 16 ekor lembu yang diadakan di surau Desa Guru di Semariang di sini oleh penduduk setempat secara bergotong-royong.

Daging korban itu kemudian dibagikan kepada penduduk serta fakir miskin di Desa Guru dan kawasan sekitar.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menghadiri majlis yang sama di masjid Kampung Sempadi di Lundu dan kemudiannya di masjid berdekatan di Kampung Sekambai.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menyampaikan sumbangan bakti kepada korban bencana pada majlis Hari Raya Idul Adha di Kampung Tanjung di sini manakala Menteri Muda Hal Ehwal Islam Datuk Daud Abdul Rahman menghadiri majlis agihan daging kurban di Kampung Tanjung.