Lulus Verifikasi Dewan Pers No.126/DP-Terverifikasi/K/X/2017

Najib Cicipi Menu 1Malaysia dengan Harga Murah
Oleh : sn
Senin | 24-10-2011 | 10:39 WIB

KUALA LUMPUR, batamtoday - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia selepas gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengambil beberapa lauk-pauk dengan harga hanya RM3 menghiasi tajuk utama beberapa surat kabar.

"Ketika itu ada beberapa lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kecap dan daging, jadi Perdana Menteri hendak merasakan kualitas lauk tersebut," katanya seperti dilansir surat kabar Malaysia.

Selasa lalu, semasa lawatannya ke restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur, yang menawarkan Menu Rakyat itu, perdana menteri telah menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging goreng, tauge, dan poppadom.

Lawatan itu memberi publisitas berhubung hidangan dengan harga rendah yang boleh dinikmati rakyat.

Bagaimanapun, ahli parlemen Batu, Tian Chua, sehari kemudian melawat ke restoran yang sama dan mengambil hidangan yang sama tetapi dikenakan bayaran RM6. Justru, katanya, harga Menu Rakyat 1Malaysia hanyalah pembohongan semata-mata.

Menjelaskan perkara itu, Ismail berkata jika pembeli mengambil makanan seperti yang ditetapkan dalam menu dan membayar harga yang tercatat, maka tidak timbul isu pembohongan.

"Secara asasnya menu nasi putih, sejenis lauk dan segelas air memang RM4, malah ada yang lebih murah. Apabila kita ambil lebih daripada apa yang ditawarkan dalam menu, maka kita perlulah bayar lebih," katanya.

Namun, Ismail tidak menjelaskan mengapa Najib hanya membayar RM3 untuk hidangan tersebut.