Lulus Verifikasi Dewan Pers No.126/DP-Terverifikasi/K/X/2017

Lawatan PM Najib ke Kazakhstan Bernilai RM 1 Juta
Oleh : sn
Selasa | 11-10-2011 | 17:35 WIB

MALAYSIA, batamtoday - Kementerian Luar Negeri hari ini mengatakan bahwa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Juni lalu bernilai RM 1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM 1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

Dari lawatan itu didapat lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan kecurigaan bahwa hal itu juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab  anggota parlemen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah biaya yang dikeluarkan dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Juni dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawabannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Juli adalah untuk memenuhi undangan presiden negara itu.

Sementara itu, Tian turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjaannya pula berjumlah RM 323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Agustus hingga 3 September lalu, juga merupakan lawatan peribadi.

Bagaimanapun, tambahnya, perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas itu, Tian berkata, kerajaan perlu menjelaskan perbelanjaannya ke Kazakhstan karena jumlah itu terlalu besar untuk satu kunjungan.

"Bagaimana kita boleh guna perbelanjaan begitu besar untuk satu kunjungan saja?" tanyanya.

Tian juga berkata perdana menteri juga "melawat presiden dan juga besan anak perdana menteri sendiri."

"Ini adalah perbelanjaan besar yang kita perlukan penjelasan daripada pemerintah," katanya seperti dilansir malaysikini, Selasa (11/10/2011).