Lulus Verifikasi Dewan Pers No.126/DP-Terverifikasi/K/X/2017

Najib ke Perth Atas Lawatan Pribadi
Oleh : sn
Selasa | 11-10-2011 | 17:53 WIB

MALAYSIA, batamtoday - Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Agustus lalu, adalah atas kapasitas pribadinya. Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia, pada 31 Agustus hingga 3 September 2011 merupakan lawatan pribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, kementerian luar juga menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang berkenaan untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu sempena majelis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Konsulat Jenderal Malaysia.

"Perdana Menteri juga telah meluang masa bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil sebuah kumpulan Muslim di Perth."

Pendedahan itu susulan selepas Dewan Rakyat minggu lalu dimaklumkan bahwa pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh perdana menteri telah disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) oleh kerajaan sejak 3 Agustus 2007.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlemen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 4 Oktober lalu berkata pesawat berkenaan untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan.

Mereka termasuk Yang di-Pertuan Agung, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan kos penggunaan berjumlah RM 9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, charge tempat dan kendali, sajian serta logistik kru pesawat.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahwa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Agustus lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya.