Lulus Verifikasi Dewan Pers No.126/DP-Terverifikasi/K/X/2017

Pengusaha Karaoke Mati Ditembak
Oleh : sn
Sabtu | 29-10-2011 | 14:57 WIB

MALAYSIA, batamtoday - Seorang pengusaha sebuah pusat karaoke mati ditembak di depan rumahnya di Taman Hijau, Sitiawan, malam tadi.

Pengusaha berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Kelvin itu ditembak pada kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polisi Daerah Manjung ACP Mohd Jamil Osman membenarkan kejadian itu dan berkata bahwa polisi sedang melakukan penyelidikan dan belum ada tersangka yang ditangkap.

"Polisi masih menyelidiki dan sedang mencari pertunjuk kasus itu dan tidak mau penyelidikan terganggu," katanya.

Sementara itu seorang jiran lelaki itu, berkata bahwa korban dibawa ke rumah sakit oleh seorang lagi jiran yang ternampak beliau terbaring berlumuran darah di hadapan rumah.

Beliau berkata, korban yang mengalami kesan luka di beberapa bagian badan mati di Hospital Seri Manjung.

Beliau berkata, Kelvin adalah anak bekas pegawai tinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di sini.

Seorang lagi jiran yang juga enggan dikenali berkata sebelum korban ditemui, beberapa bunyi letupan kedengaran.

"Saya sedang berehat di rumah, kedengaran lima das letupan di hadapan rumah… mulanya saya ingatkan bunyi mercun sempena Deepavali, tapi sangkaan saya meleset apabila mendapati mangsa terbaring di hadapan rumah dengan berlumuran darah," katanya seperti dilansir Malaysiakini, Jum'at (28/10/2011).